Ramadhan datang lagi...Usiaku pun semakin bertambah...Begitu juga dengan pengalaman suasana berpuasa. dari kecil sampai umurku 20 tahun, aku menikmati bulan puasa dengan family. Memang itu satu tempoh yang amat panjang. Suasana berpuasa dengan keluarga memang berlainan dengan suasana berpuasa dengan yang lain. Suasana berpuasa dengan keluarga diiringi dengan solat berjemaah, bertadarus, makanan yang berkhasiat walaupun di waktu sahur, dan bersahur pada waktunya, makanan berbuka pun ala kadar tetapi menyelerakan.... Uhhh... Rindunye...
Tapi berlainan pula apabila suasana berpuasa berubah apabila aku manginjak kaki ke Universiti Utara Malaysia. Memang banyak yang berubah. Suasana bertadarus tiada. Bersahur tidak pada waktunya (iaitu pukul 1 pagi), duduk bersila dengan rakan- rakan, menghirup megi panas dengan air teh-o. Berbuka pula bukan main mewah..Beli kat Bazar. Tapi lepas tu mesti tak habis.Tak tau kenapa...heheh.. Sekarang pula, suasana berpuasa dengan staf-staf imigresen. KAdang- kadang berbuka dengan diorang, tapi kengkadang jugak aku berbuka berseorangan. Tapi mostly, aku banyak berbuka dengan sedara mara di Langkawi. Tapi yang pasti, aku memang merindui suasana berpuasa dengan family...